PDF SIASAH FULL SET

Préparation du document



Siasah • 13 - 19 April 2012
NEUTRAL
BERWIBAWA
Nasional
Waktu solat W Persekutuan
& kawasan-kawasan sewaktu dengannya:
1
BIL: 0292 13 - 19 APRIL 2012/ 21 - 27 JAMIDUL’AWAL 1433
TAHUN KELAPAN PP11793/05/2012(030136) Harga: RM2.00
Sila layari website Siasahdaily di www.siasah.com.my
Tarikh Sub Syu Zohor Asar Magh Isyak
13-04 5:52 7:09 13:17 16:26 19:21 20:31
14-04 5:51 7:08 13:16 16:26 19:21 20:31
15-04 5:51 7:08 13:16 16:27 19:21 20:31
16-04 5:50 7:08 13:16 16:27 19:21 20:31
17-04 5:50 7:07 13:16 16:27 19:21 20:31
18-04 5:50 7:07 13:15 16:28 19:21 20:31
19-04 5:49 7:07 13:15 16:28 19:20 20:31
28 >> 29 >> 16 >> 21 >>
Mayat hilang dalam banjir Ditelan masih hidup Kembara darat KL- London Yuna di kaca TV Amerika
Terpedaya janji manis, ghairah mengejar nikmat dunia
‘Ikut
rasa...
aku
ternoda’
Oleh Muriza Abdul Hamid
Foto: Fareez Nazlan
TERPEDAYA dengan janji manis teman lelaki dan ghairah
mengejar nikmat dunia turut memesongkan kehidupan
Lin, 22 tahun (bukan nama sebenar) daripada landasan
agama. Melihatkan dirinya, berkulit cerah tetapi sangat
terserlah wajah kesucian seorang remaja yang
seharusnya sedang bertungkus lumus mengejar
cita-cita sama seperti gadis seusianya yang lain.
Namun perkenalan dengan Johan (bukan nama
sebenar) ketika menjadi jurujual telefon bimbit
di bandar Kuantan mengubah segalanya. 04 >>
2 Nasional
13 - 19 April 2012 • Siasah
Bayi pasaran gelap
Permintaan dan harga ditawarkan tinggi
KEGIATAN penjualan
bayi dalam pasaran
gelap adalah kegiatan
sejagat kerana adanya
permintaan dan tawaran
harga yang tinggi.
Di negara kita penjualan
bayi membabitkan
semua kaum, malah ada sejumlah
bayi dihantar ke beberapa
negara kerana permintaan
tinggi dan harga
jualan le bih mahal.
Kegiatan haram ini
dipantau secara berterusan
oleh pihak berwajib,
namun kelicikan sindiket
menyebabkan kegiatan ini
berterusan.
Modus operandi
Sindiket mencari
wanita asing dan tempatan
yang mengandung anak
luar nikah dan ditawarkan
habuan lumayan sekiranya
menjualkan bayi yang dikandung.
Kos melahir juga
ditanggung sindiket.
Wanita akan melahirkan
anak di hospital atau
kilinik swasta yang ditetapkan
sindiket.
Selepas melahirkan,
wanita itu akan menerima
pampasan antara RM2,000
hingga RM4,000, bergantung
keadaan bayi
iaitu dari segi warna kulit,
comel dan beberapa kriteria
lain.
Bagi mendapatkan
rekod kelahiran, sindiket
akan bekerjasama dengan
pihak hospital atau klinik
swasta untuk memalsukan
rekod berkenaan dengan
menyediakan dokumen
lengkap pasangan yang
membeli bayi berkenaan
sebelum dihantar ke Jabatan
Pendaftaran Negara.
Dengan dokumen
yang diisi lengkap serta
mendapat pengesahan
daripada pihak hospital
atau klinik yang terbabit
memudahkan lagi pengesahan
bayi yang dibeli
adalah ibu kandung bayi
terbabit.
Ketua Pengarang
Zailani Ahmad
Pengarang Berita/Rencana
Mohamed Noor Jaafar
Penolong Pengarang Berita/Rencana
Fauzan Uda Ahmad
Editor Sukan
Azman Suradi
Wartawan
Adnan Ibrahim • Nizam Zain • Muriza Hamid
Noor Diyana Nawwar • Ammalina M Affandi
Mohd Ali Hashim (Pulau Pinang)
Jurugambar
Fazrul Hasnor • Fareez Nazlan
Pengurus Pengiklanan & Pemasaran
Nizam Abd Hamid
Pengurus Pengedaran
Fauzi Che’ Chik
Penerbit:
TINTA MERAH (000825823-V), 55, Jalan Wangsa
Siaga 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Pengurusan dan Edaran:
Siasah Sdn Bhd
45, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7724 1649 / Faks: 03-7724 1659
KONGSI...Beberapa penghuni Kewaja menceritakan pengalaman masing-masing kepada wartawan Siasah.
Harga jualan bayi
mencecah antara RM7,000
hingga RM25,000.
Menurut Ketua Penolong
Pengarah Bahagian
Kongsi Gelap, Judi
dan Maksiat (D7) Bukit
Aman, Datuk Abdul Jalil
Hassan, pasangan yang
bertindak sebagai pembeli
akan melihat keadaan
bayi sebelum membuat
bayaran secara tunai. Ada
antara pasangan itu akan
mengurus sendiri sijil
kelahir an bayi serta menyatakan
bayi berkenaan
anak kandung mereka.
Tambahnya, terdapat
wanita semuda 16 tahun
ditahan terbabit dalam sindiket
ini.
Ada juga bayi diperdagangkan
selepas diculik,
diseludup atau dibeli individu
atau kumpulan yang
terbabit dengan sindiket
itu.
Punca
1. Permintaan yang
tinggi daripada pasangan
yang tidak mempunyai zuriat.
2. Pasangan yang
enggan melalui proses
penggambilan anak angkat
yang dianggap sukar diluluskan
serta memerlukan
tempoh masa yang lama.
Mereka ini perlu melalui
proses angkat sumpah, memenuhi
syarat yang ditetapkan
dan beberapa proses
lain sebelum mendapat
seorang anak angkat.
3. Wanita dari luar
negara yang mempunyai
masalah dokumen perjalanan
ini akan tertarik
dengan tawaran sindiket
kerana memikirkan nasib
anak mereka yang sukar
mendapatkan dokumen
perjalanan yang sah.
4. Bagi wanita tempatan,
mereka mahu menutup
kesalahan dan mengelak
daripada dimarahi
keluarga serta mengambil
jalan mudah dengan menjual
bayi.
Kesalahan Jenayah
1. Mengikut Akta Anti
Pemerdagangan Orang
dan Anti Penyeludupan
Migran 2007 yang terbabit
dalam aktiviti sindiket
penyeludup an dan menjual
bayi akan disiasat mengikut
Seksyen 14 Akta Anti
Pemerdagangan Orang
2007 yang memperuntukkan
penjara tidak kurang
tiga tahun dan tidak melebihi
20 tahun dan denda.
Ini membabitkan mangsa
berusia 18 tahun dan ke
bawah.
2. Kesalahan ini juga
boleh disiasat mengikut
Seksyen 31, Akta Kanakanak
2001 yang membuat
penganiayaan, pengabaian,
pembuangan
atau pendedahan kanakkanak.
Jika sabit kesalahan
boleh didenda tidak
lebih RM20,000 atau penjara
tidak lebih 10 tahun
atau kedua-duanya.
Statistik
Mengikut Akta Anti
Pemerdagangan Orang
dan Anti Penyeludupan
Migran 2007, jumlah kes
yang dilaporkan antara
2009 hingga 2012 sebanyak
32 kes, iaitu 2009 (3), 2010
(20) dan 2011 (9).
Pihak polis sentiasa
melaksanakan pemantauan
di hospital dan klinik
swasta yang dikenal pasti
terbabit dalam sindiket
ini.
Kegatan mencegah aktiviti
ini turut membabitkan
Jabatan Imigresen, Jabatan
Pendaftaran Nega ra
dan Kementerian Kesihatan.
Antara contoh kes
Julai 2010: Polis Sarawak
meyelamatkan
seorang bayi perempuan
berusia 23 hari yang cuba
dijual seorang wanita warga
Indonesia pada harga
RM20,000. Siasatan lanjut
membawa kepada penahanan
sepasang tokoh
perniagaan terkemuka
bergelar Datuk dan Datin
di Kuching. Berikutan
kejayaan itu, polis berjaya
menyelamatkan tiga lagi
bayi dan kanak-kanak di
sebuah rumah mewah di
Kuching.
November 2010:
Polis menemui 13 bayi
mangsa pemerdagangan
orang yang dijual
antara RM8,000 hingga
RM21,000 dida la ngi sebuah
hospital swasta di
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Januari 2012: Polis
Bukit Aman melumpuhkan
satu sindiket menjual
bayi selepas menyerbu
sebuah klinik di Subang
Jaya dan menyelamatkan
dua bayi berusia tiga
dan empat hari. Dalam
serbuan pertama, polis
menahan empat wanita
termasuk dua warga asing,
serta dalangnya dan
merampas berpuluh sijil
kelahiran yang sudah
diisi dan masih kosong.
Januari 2012: Polis
menumpaskan kes penjualan
bayi berusia antara
lima dan tujuh hari dengan
harga antara
R M 1 5 , 0 0 0
d a n
RM20,000.
Polis turut
m e n y e ­
lamatkan
tiga bayi,
s e o r a n g
ibu kepada
s e o r a n g
d a r i p a d a
bayi berkenaan
serta dua wanita
yang sarat mengandung
di Selangor.
Siasah • 13 - 19 April 2012
Nasional
3
‘Jangan buang, serah
kepada kami’
menambah
dosa, jika merasakan
diri sendiri
“JANGAN
tidak boleh menjaga
bayi yang dilahirkan, jangan
buang kerana masih
ramai yang ingin mengambil
insan tidak berdosa itu
sebagai anak angkat.
Dosa kerana terlanjur
adalah urusan dengan Allah
dan jangan sesekali menambah
dosa membuang
bayi yang tidak bersalah,”
demikian pesanan Pengasas
Pusat Kebahagiaan
Wanita dan Remaja (KE­
WAJA) Yahya Mohamed
Yusof yang sudah 24 tahun
menguruskan remaja dan
wanita mengandung luar
nikah.
Menurut Yahya pihaknya
menguruskan banyak
kes pemberian anak
angkat daripada gadis yang
terlanjur sejak KEWAJA di
buka.
“Mereka ini (gadis yang
terlanjur) perlu sedar bahawa
bayi yang dikandungnya
itu juga berhak mendapat
kehidupan yang lebih baik
kerana ramai pasangan
yang sedang menanti untuk
mendapatkan anak angkat
di luar sana.
“Dan sepanjang menguruskan
gadis terlanjur mereka
ini berasa malu dan
takut dikenakan hukuman
jika ada, sebab itu mereka
mengambil jalan mudah.
“Daripada menanggung
malu, lebih baik
mere ka membuangnya
dengan harapan dapat menutup
segala keaiban.
“Perbuatan seperti ini
tidak sepatutnya berlaku
kerana walaupun kita tidak
mahukan bayi berkenaan,
masih ramai yang
akan menghargainya terutamanya
pasangan yang
sudah berkahwin tapi belum
dikurniakan anak,”
katanya.
Yahya yang mesra
membahasakan dirinya sebagai
‘Pak Ya’ dan dipanggil
‘abah’ oleh pelatih berkata,
sehingga hari ini, pihaknya
menguruskan 3,300 gadis
terlanjur di pusat berkenaan.
Tambahnya sehingga
kini, 468 pasangan juga
berada dalam senarai
menunggu dan pihaknya
menetapkan beberapa kriteria
sebelum menyerahkan
bayi kepada keluarga angkat.
Antara syaratnya, pasangan
sudah berkahwin
lebih lima tahun dan tidak
mempunyai anak atau pasangan
yang belum cukup
lima tahun usia perkahwinan,
perlu mendapat
pengesahan doktor menyatakan
mereka sukar
atau mungkin tidak boleh
mengandung.
“Tidak dapat dinafikan
ramai yang berada dalam
senarai menunggu, tetapi
kami di sini berlaku adil.
Kami mengutamakan pasangan
yang lebih lama
menunggu dan sudah berbelas
tahun mencuba untuk
mendapatkan anak,”
katanya.
Dalam masa yang
sama beliau turut meminta
remaja yang mengandung
anak luar nikah supaya
HARUNGI CABARAN...Yahya dan isterinya, Ruzita (di belakang) tidak lemah semangat
walaupun dilempar pelbagai tohmahan dan fitnah.
datang ke KEWAJA secara
suka rela bagi tujuan pemulihan.
“Ia bagi membantu
mereka daripada terus
melakukan dosa dengan
membuang bayi mereka,
Sekurang-kurangnya mereka
ini ada tempat untuk
dituju sebelum keluarga
bersetuju untuk menerima
mereka semula,” katanya
yang mahu mereka insaf
dan kembali ke pangkal jalan
kerana pintu taubat sentiasa
terbuka untuk semua.
Beliau berkata jangan
disebabkan kesalahan lampau,
hak anak yang tidak
berdosa itu untuk hidup
dinafikan.
Pak Ya selamatkan 3,300 bayi
Penghuni Kewaja sedang mengikut program motivasi.
EJAK dibuka, KEWAJA
“S berjaya menyelamatkan
3,300 bayi daripada menjadi
mangsa pengguguran
atau pembuangan, sekali
gus mengurangkan kadar
statistik pembuangan bayi
yang meningkat ketika
ini,” kata Pengasas Pusat
Kebahagiaan Wanita dan
Remaja (KEWAJA), Yahya
Mohamed Yusof .
Beliau yang lebih mesra
dengan panggilan Pak Ya
berkata, walaupun sudah
24 tahun menguruskan pusat
perlindungan itu, beliau
dan isteri, Ruzitah Bahrum
kini masih dicemuh pelbagai
pihak yang menganggap
perbuatannya memberi
perlindungan kepada gadisgadis
remaja luar nikah itu
menggalakkan percambahan
maksiat.
“Pernah satu ketika
kami juga dianggap seba gai
orang yang menjadi agen
kepada gadis berkenaan
dan menjual bayi yang dilahirkan
kepada pasangan
yang memerlukan sehinggakan
pusat perlindungan
ini juga pernah diserbu polis,
Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) serta krew
televisyen.
“Walaupun pelbagai
tanggapan dilemparkan, ia
tidak sesekali melemahkan
semangat kami untuk terus
menabur bakti, kerana niat
saya dan isteri jelas untuk
membantu serta melindungi
remaja atau wanita mengandung
luar nikah yang
hilang arah,” katanya.
Tambah beliau, antara
sebab utama pusat terbabit
dibuka untuk menjadi
penyelamat kepada gadis
remaja yang terjebak
dalam perlakuan tidak bermoral
itu supaya kembali ke
pangkal jalan.
“Kami menubuhkan
rumah perlindungan ini
bukan bermakna kami menyokong
perbuatan mereka,
sebaliknya sebagai satu
tempat untuk menyedar
dan mendidik mereka.
“Jika kita biarkan mereka,
seterusnya apa akan
jadi pada mereka dan kandungan
mereka?...Kita juga
tidak seharusnya membiarkan
mereka terus membuat
dosa berterusan dengan
menggugurkan kandung an
atau membuang dan membunuh
bayi yang dilahirkan
sebaliknya perlu membimbing
mereka bertaubat
Walaupun
pelbagai tanggapan
dilemparkan, ia tidak
sesekali melemahkan
semangat kami
untuk terus menabur
bakti
dan kembali ke pangkal jalan,”
katanya ketika ditemui
wartawan Siasah baru-baru
ini.
Tambahnya, walaupun
pusat perlindungan itu bukan
penyelesai masalah,
sekurang-kurangnya mereka
yang ada di sana masih
mempunyai harapan untuk
memperbetulkan kesilapan
dan pada masa yang sama
dapat menjalani proses
muhasabah diri.
Menurut Pak Ya lagi,
majoriti daripada penghuni
di situ,datang secara sendiri
dan pihaknya akan memberitahu
keluarga gadis
berkenaan setelah laporan
dan latar belakang mereka
diperoleh.
“Kebiasaannya pada
mulanya keluarga akan
terkejut, marah dan sebagainya
apabila mendapat
tahu anak atau adik mere ka
terbabit dengan perkara tidak
bermoral, namun pada
akhirnya mereka menerima
kenyataan,” katanya.
Dalam pada itu, hasil
perbualan Siasah dengan
beberapa pelatih di KEWA­
JA mendapati mereka ini
mengakui kesalahan dan
kesilapan diri dan berazam
untuk tidak mengulangi
episod hitam yang sama
pada masa depan.
“Tanpa pusat perlindungan
seperti KEWAJA,
saya tidak tahu apa agaknya
akan terjadi pada saya. Syukur
masih ada pihak yang
prihatin dan sudi membantu
ketika saya sendirian
berdepan dengan masalah.
“Kini saya benar-benar
insaf dan jika tidak kerana
KEWAJA mungkin bayi
yang saya lahirkan mengalami
nasib sama seperti
bayi lain yang dibuang,”
ka tanya Nina (bukan nama
sebenar), seorang daripada
pelatih yang bercakap
dalam loghat utara yang
pekat.
4 Nasional
13 - 19 April 2012 • Siasah
‘Kerana kasih...
saya ternoda’
TERPEDAYA dengan janji manis
teman lelaki dan ghairah
mengejar nikmat dunia turut
memesongkan kehidupan
Lin, 22 tahun (bukan nama sebenar)
daripada landasan agama.
Melihatkan dirinya, berkulit
cerah tetapi sangat terserlah wajah
kesucian seorang remaja yang
seharusnya sedang bertungkus
lumus mengejar cita-cita sama seperti
gadis lain seusianya.
Namun perkenalan dengan
Johan (bukan nama sebenar) ketika
menjadi jurujual telefon bimbit
di bandar Kuantan mengubah
segalanya.
Setiap hari, pasti Johan
menunggu di tempat kerjanya
dan sehingga pada suatu hari Johan
mengajak Lin berjalan-jalan.
“Puas kami berjalan sekeliling
bandar Kuantan, Johan mengajak
saya ke sebuah homestay tanpa
saya menyedari sebarang niat buruknya,”
katanya.
Ini kerana selama perkenalan
mereka, Lin menyenangi sikap Johan
yang sentiasa mengambil berat
dan jujur dalam perhubungan.
“Namun semua itu ruparupanya
dusta belaka. Malah
tidak ubah seperti syaitan bertopengkan
manusia, baik di dalam
busuk di luar.
“Saya sendiri ketika itu seperti
di bawah pengaruh dan khayal
dengan kata-kata manisnya untuk
bertanggungjawab jika berlaku
perkara yang tidak diingini terhadap
saya,” katanya.
Lin akhirnya termakan pujuk
rayu Johan dan menyerahkan
mahkota kegadisannya kerana
yakin Johan akan menjadikannya
suri dalam hidupnya walaupun
tahu Johan suami orang.
“Dia berterus-terang menyintai
saya sepenuh hati dan akan
menjaga saya dengan sepenuh
jiwa raganya. Dia juga tidak mahu
saya ada hubungan dengan lelaki
lain.
“Kami selalu menghabiskan
masa bersama betapa bahagianya
saya ketika itu tidak dapat digambarkan.
Tanpa dirancang saya
mengandung. Apabila saya memberitahunya
keadaan diri saya, dia
nampak tidak kisah dan berkata
belum bersedia untuk mengahwini
saya. Malah menyuruh saya
menggugurkan kandungan itu.
Bayangkan betapa hancurnya
perasaan dan luluhnya hati saya
ketika itu.
“Serta merta saya terkenangkan
keluarga, tingkah laku dan
perbuatan saya sebelum ini. Tetapi
apa hendak dikatakan lagi,
segala-galanya sudah menjadi
debu. Kandungan dalam perut
semakin membesar,” tambah Lin
dengan linangan air mata.
Katanya, mujurlah ada KE­
WAJA yang prihatin dengan nasib
malangnya.
“Saya datang sendiri dengan
rela hati. Di sinilah saya menumpang
dan menerima tunjuk ajar
Harap Kementerian
Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
terbabit secara langsung
bersama Kem Modal
Insan Kewaja dalam
menangani masalah
sosial remaja.
untuk kembali ke pangkal jalan,”
katanya yang selamat melahirkan
seorang bayi perempuan 24
Januari lalu namun terpaksa menyerahkan
bayi itu kepada orang
untuk dijadikan anak angkat.
Kesal dengan segala perbuatan
lampau, beliau kini berazam
untuk meneruskan kehidupan
baru dengan lebih yakin dan terancang.
Sebelum mengakhiri perbualan
beliau sempat meluahkan
perasan dan pesanan di luar sana
agar tidak melanggar batas pergaulan
dalam Islam.
“Apa pun saya ingin berpesan
kepada remaja, jangan lupakan
keluarga sebab dalam apa juga
keadaan mereka juga yang akan
memahami masalah kita dan menerima
kita semula,” katanya.
Sehubungan itu, Lin juga
meminta remaja yang pernah
melalui kepahitan yang ditanggungnya
akibat mengandung luar
nikah supaya tidak mengambil
tindakan di luar kewarasan untuk
menyelesaikan masalah.
“Cukuplah dengan dosa yang
dilakukan, jangan pula ditambah
dosa dengan membunuh,
membuang
atau menggugurkan
kandungan.
“ P e s a n a n
akhir saya untuk
remaja
p e r e m p u a n ,
jangan sesekali
terpedaya
dengan katakata
manis
lelaki. Ingatlah,
lelaki
yang benarbenar
ikhlas
dan bertanggungjawab tidak
akan meminta maruah kita sebelum
diijabkabulkan,” jelas dengan
nada sebak.
LATAR BELAKANG KEWAJA:
MULA beroperasi sejak Mac
1988. Ketika itu, pihak
pengurusan KEWAJA hanya
menumpukan kes pemulihan
untuk penagih dadah dan masalah
sosial yang biasa.
Pada 1996, Yahya Mohamed
Yusof melihat kes pembuangan
anak kian berle luasa,
maka setelah berbincang dengan
isterinya, Ruzitah Bahrum
pihak KEWAJA sudah beralih
tanggungjawab untuk menjaga
kebajikan ibu yang mengandung
anak luar nikah sehingga
selamat melahirkan anak.
Pada peringkat awal,
nama pertubuhan ini ialah
Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan
Mukmin. Kemudian
ditukar kepada Yahya Minda
Creative Services. Kemudian
ditukar lagi kepada Pusat Kebahagian
Wanita dan Remaja.
Akhirnya mengambil nama
Pusat Kebahagiaan Wanita
dan Remaja diringkaskan
menjadi Kem Mo dal Insan KE­
WAJA yang diguna pakai hingga
ke hari ini.
KEWAJA bertanggungjawab
untuk memastikan kesihatan penghuni
di pusat berkenaan dalam
keadaan baik dan menguruskan
anak yang dilahirkan de ngan baik
sama ada hendak di serahkan kepada
keluarga angkat atau dijaga
sendiri oleh ibu yang melahirkan
mereka.
Penghuni di pusat KEWA­
JA akan diterapkan ilmu rohani
yang secukupnya.
Sejak 1996 sehingga tahun
ini, kira-kira 3,300 orang
pelatih wanita yang melahirkan
anak luar nikah mendapat
perlindungan dan penjagaan di
KEWAJA.
Kebanyakan penghuni di
pusat ini berumur dalam lingkungan
14 hingga 38 tahun.
Manakala penghuni yang paling
ramai berumur antara 17
hingga 23 tahun.
Berkaitan dengan anak
yang dilahirkan oleh penghuni
di sini, pihak KEWAJA
mencadangkan dua jalan penyelesaian
sama ada:
1) Bayi berkenaan akan
dijaga sendiri oleh ibu kandung
bersama ahli keluar ga
masing-masing.
2) Atau bayi yang dilahir
kan itu diserahkan kepada keluarga
angkat.
Siasah • 13 - 19 April 2012
Dari Blog
11
Susunan Nizam Zain
nizam@siasah.com.my
Kenapa kereta Proton
mahal di Malaysia?
M
UNGKIN
antara
kita sudah biasa melihat
keratan akhbar
di atas yang menunjukkan
realiti harga kereta
Proton di Arab Saudi.
Ramai yang
mempertikai nya, kenapa
harga kereta Proton yang
diangkat sebagai kereta
Nasional lebih mahal berbanding
di negara sendiri.
Tidak kurang juga ada
yang menyokong strategi
sebegini rupa. Walau apa
pun, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri
ada jawapannya.
Setakat ini, Proton
melalui jawapan menteri
di Dewan Rakyat, telah
menerima RM494 juta
dalam bentuk geran R&D
yang digunakan Proton
untuk tujuan R&D dari
2006 hingga 2010. Itu yang
pertamanya.
Sebelum ini ramai
membincangkan harga
kereta Nasional Proton dijual
pada harga bebas cukai
kepada warga asing melalui
program Malaysia My­
Second Home (MM2H).
Maknanya di situ
sudah menunjukkan harga
kereta Proton sebenarnya
dijual pada harga yang
lebih rendah seperti yang
ditawarkan sekarang ini
kepada rakyat Malaysia.
Persoalan yang kedua
yang sering bermain dalam
fikiran rakyat Malaysia,
mengapa harga kereta
proton terdapat perbezaan
harga jualan di antara
pasar an tempatan dengan
harga kereta Proton yang
dijual di negara Teluk ataupun
di UK, Thailand dan
lain-lain. Dan berdasarkan
jawapan menteri di Dewan
Rakyat pun, beliau sedar
dengan persoalan dan
situasi sebegini rupa.
Datuk Seri Mustafa
Mohamad sendiri mengatakan
di Dewan Rakyat
yang harga jualan kereta
Proton di luar negara bergantung
kepada beberapa
faktor. Antaranya duti
import, cukai dalaman, kos
pengangkutan, insurans,
kadar faedah pinjaman dan
strategi pemasaran.
Jadi itu sebablah kata
menteri harga kereta Proton
berbeza-beza daripada
satu negara dan satu negara
yang lain. Ini adalah disebabkan
oleh faktor-faktor
duti dan faktor-faktor kos
dalaman pengangkutan
berkenaan. Begitulah lebih
kurang jawapan menteri.
Anda boleh semak sendiri
soalan yang dikeutarakan
di Dewan Rakyat berkaitan
isu perbezaan harga jualan
kereta Proton di Malaysia
dan di Arab Saudi.
(Sumber daripada: : http://
beritasemasa.com)
Isu rampas
tanah:
Mana buktinya?
Isu tanah merupakan
isu favorit PAS setiap kali
pilihan raya dan tidak
pernah terlepas untuk dijadikan
Manifesto PRU Pas.
Kali ini isu tanah menjadi
dua point manifesto awal
PAS bagi PRU-13.
Saya difahamkan ada
tiga tempat yang diperjuangkan
PAS dalam isu
tanah ini, antaranya di
daerah Kemaman dan yang
terbaru di Paka dan Kuala
Terengganu.
Isu di Kemaman adalah
kesan tindakan kerajaan
PAS 1999 hingga 2004
yang sewenang-wenangnya
menjanjikan tanah kepada
rakyat, mengutip cukai
oleh JSR bagi tujuan ukur
tanah, pecah lot dan
sebagainya dimana setiap
nama membayar ribuan
ringgit tetapi masih tidak
mendapat geran.
Setelah Barisan Nasional
mengambil alih semula
kerajaan negeri, PAS me n ­
gumpulkan mereka yang
terbabit dan mengadakan
demo protes. Siasatan oleh
kerajaan mendapati hampir
semua yang memohon
adalah tidak layak malah
bukti menunjukkan ramai
yang bekerja profesional
dan bergaji ribuan ringgit.
Bukti tidak menunjukkan
yang Pas ikhlas mahu
membantu rakyat miskin
memiliki tanah sendiri
melainkan cuma sebagai
helah untuk mengutip
bayaran proses permohonan
semata-mata.
Bagi saya, jika benar
kerajaan merampas tanah
rakyat, saya harap PAS
dapat menggunakan
saluran undang-undang
jika cukup bukti pemilikan
segala. Jangan tunggu dan
simpan untuk dijadikan
modal kempen pilihan raya
atas kesengsaraan rakyat.
Seperti kes di Kuala
Terengganu, bukankah
pemilik tanah kawasan
terbabit diberi pampasan
mengikut nilai harga tanah
pasaran?
Perkataan yang digunakan
dalam manifesto
ialah rampas, jelas cuba
memberi gambaran yang
kerajaan sekarang adalah
kejam. Jika asalnya bukan
milik seseorang, ia bukannya
‘rampas’. Jika perlu
diganti dengan tanah/tapak
gantian baru atau rumah
penempatan baru, untuk
apa diberi beri pampasan?
Difahamkan ramai penduduk
yang menerima
pampasan sudahpun membeli
rumah lain atau tapak
lain menggunakan wang
pampasan.
Ramai juga yang asalnya
menduduki tanah milik
kerajaan, maka mereka
ini tidak layak atau tidak
punya hak untuk diberi
pampasan namun kerajaan
turut memberi bayaran
ehsan kepada mereka.
Waktu sama kerajaan
turut membina blok pangsapuri
Ladang Gemilang
untuk disewakan kepada
mereka yang mahu terus
menetap di kawasan sama.
Difahamkan selepas tiga
tahun penduduk akan
ditawarkan terma sewabeli
dan peratusan tertentu
dari sewa selama 3 tahun
pertama akan dianggap
sebagai sebahagian pembayaran
sewa beli itu.
(Sumber daripada: : http://
dinturtle.blogspot.com)
Banjir Masjid
Ar-Rahmaniah,
Allah samak
bekas tapak kaki
Xavier
Peristiwa di bulan yang
mulia Ramadan tahun
2009, dimana seorang
wakil rakyat kafir .....
tanpa wuduk diusung
masuk ke dewan solat oleh
penyokong totok PAS di
Masjid Lipat Kajang Ar Rahimiah
Sri Andalas Klang.
Dr Xavier adalah wakil
rakyat (ADUN) Sri Andalas,
Exco kerajaan negeri
Selangor diberikan ruang
untuk menyampaikan
tazkirah Ramadan, julung
julung kalinya berlaku
kerana yang menguasai
masjid adalah pimpinan
PAS For All Kota Raja.
Mereka boleh buat apa
sahaja yang mak bapak
mereka suka, kerana
mereka mahir dalam soal
agama! Maka seorang
kafir ..... yang di rumahnya
membela beberapa ekor
anjing, sudah pasti tapak
kakinya juga berbekas najis
anjing itu memijak tempat
solat dan sujud jemaah
masjid.
Apakah peristiwa banjir
yang melanda Masjid Ar
Rahimiah pada subuh
hari Jumaat yang lalu
merupakan bencana alam
ataupun ‘malapetaka’ dari
Allah swt? Tidakkah ianya
sebagai satu ‘amaran’ kepada
pimpinan PAS supaya
jangan sesekali melacurkan
agama Islam demi kelangsungan
politik mereka?
Akhirnya, yang
menanggung azabnya ialah
para jemaah masjid itu
juga. Buat pertama kalinya
dalam sejarah Masjid Ar
Rahimiah itu sendiri sejak
masjid itu dibina, solat
Jumaat pada 30 Mac 2012
bersamaan 7 Jamadil Awal
terpaksa berpindah ke
tingkat atas.
Ramai dalam kalangan
jemaah penduduk berhampiran
masjid merungut dan
menyingkap kembali kisah
kafir ..... masuk ke dewan
solat yang dilakukan oleh
pimpinan PAS, maka berbunyi
suara suara berkata
“Ini semua terjadi sebab
Allah nak samak tapak kaki
Dr Xavier.”
(Sumber daripada: :http://
pengundisetiasungairapat.
blogspot.com)
Parti PAS sakit
mental yang
teramat sangat
Akibat sekian lama
bersekongkol untuk menjayakan
dasar liberal dan
konon mahu menyamatarafkan
semua warganegara
setelah terikut gaya politik
DAP, akhirnya Pas secara
terbuka mengisytiharkan
dasar perjuangannya kini
tidak lagi mempedulikan
masalah murtad yang
melanda segelintir orang
Islam.
Bagi Pas, isu rasuah
dan masalah pengundi
hantu yang sering kali
menghantui minda Pas
jauh lebih utama jika
dibandingkan dengan
isu murtad. Maklum
sajalah semenjak bertuhankan
slogan ‘negara
berkebajikan’, hal ehwal
akidah umat Islam hanya
layak dipandang sepi dan
dikesampingkan apatah
lagi sensitiviti pengundi
DAP lebih penting untuk
difikirkan.
Teringat kisah
dulu-dulu saat PAS amat
sensitif dan pantang
dicuit dengan masalah
segelintir orang Islam
yang tergelincir akidah,
lantang sungguh pembacaan
Pas ketika itu.
Pagi dan petang, siang
juga malam berduyunduyun
penyokong Pas
memenuhi gerakan anti
murtad demi kasih dan
cintanya nasib saudara
seagama.
Tapi itu kisah dulu,
hanya layak dikenang dan
tidak berguna lagi untuk
diungkit sebagai memori
sebuah perjuangan. Saat
ini matlamat menuju
Putrajaya seperti yang
diimpikan saban waktu
itu teramat penting sekali
jauh mengatasi kepentingan
akidah umat.
Kata orang tua, lain
hulu lain parangnya, lain
dulu kenalah lain sekarang
sikapnya supaya tidaklah
dipandang serong
oleh rakan sepakatan
kiasu yang dah banyak
menabur budi dan
menjanjikan sokongan
solid untuk Parti Islam
Semalaysia.
Malang bagi sesiapa
yang masih menyokong
Pas saat ini kerana masih
belum sedar tipu daya
PAS yang selama ini
hanya memperalatkan
agama untuk kepentingan
politik.
(Sumber daripada: :
http://www.1taipingmali.
com/)
12 Selangor Sana Sini
13 - 19 April 2012 • Siasah
Kerajaan Negeri tidak jujur
Dakwa UMNO Selangor, yakin mampu dirampas semula
BARU-BARU ini,
Jawatankuasa Pilihan
Khas Mengenai
Keupayaan,
Kebertanggungjawaban
dan Ketelusan Selangor
(Selcat) mengadakan sesi
pendengaran khas selama
tiga hari mengenai tiga
anak syarikat Kerajaan
Negeri iaitu Kumpulan
Semesta Sdn Bhd (KSSB),
Yayasan Selangor dan Perbadanan
Kemajuan Pertanian
Selangor (PKPS).
Namun begitu, Ketua
Pemuda UMNO Selangor,
Ungku Salleh Ungku
Jamal menyifatkan sesi
tersebut hanya membuang
masa kerana tidak membawa
apa-apa manfaat
kepada kepenting an
Kerajaan Negeri dan
rakyat negeri ini. Katanya,
Kerajaan Negeri tidak
jujur dalam menubuhkan
Selcat kerana meletakkan
individu berkepentingan
dalam jawatankuasa itu
dan hanya mengikut
telunjuk Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim. “Ini kerana tidak
ada apa-apa tindakan
diambil selepas sesi
tersebut,” katanya kepada
akhbar Sinar Harian
dalam pertemuan barubaru
ini.
Selepas hampir
sepenggal pemerintahan
pakatan pembangkang
di Selangor, apa yang
saudara boleh rumuskan?
UNGKU SALLEH:
Apa yang kita lihat
semakin hari semakin
banyak memperlihatkan
kelemahan pentadbiran
Kerajaan Negeri. Pelbagai
masalah dihadapi seperti
isu sampah, penyelewengan
Yayasan Selangor,
kerugian PKPS dan
sebagainya. Pada hemat
saya, Kerajaan Negeri
tidak mempunyai kecekapan
dalam pentadbiran
kerana mereka hanya tahu
berpolitik sahaja. Pada
pilihan raya umum lalu,
mereka meuar-uarkan
banyak manifesto tetapi
gagal melaksanakannya.
Mereka mendabik dada
kononnya berjaya mengumpul
aset dan simpanan
tunai, tetapi hakikatnya
itu adalah peninggalan
pentadbiran kerajaan
Barisan Nasional (BN)
terdahulu.
Pada saya Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim tidak mengambil
Ungku Salleh ...... yakin Kerajaan Negeri Selangor mampu dirampas semula.
langkah drastik mengatasi
kelemahan ini. Tindakan
Kerajaan Negeri menubuhkan
Selcat, kononnya untuk
memantau penyelewengan
yang berlaku hanyalah
sandiwara. Individu yang
dilantik mengetuai Selcat
adalah kroni sendiri iaitu
Datuk Teng Chang Khim
yang juga Speaker Dewan
Undangan Negeri. Selcat
ditubuhkan semata-mata
melindungi kelemahan
pentadbiran, dan hanya
mengikut telunjuk Menteri
Besar. Jadi, saya tidak
nampak kejujuran Selcat
ini, yang hanya mengaburi
mata rakyat kononnya
Kerajaan Negeri serius
mengatasi penyelewengan.
Kita tahu sehingga hari
ini banyak isu yang
dibawa Selcat tidak selesai.
Kerajaan Negeri sepatutnya
mencontohi Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara
(PAC) yang dianggotai oleh
individu bukan ahli politik
dan berkesan menjalankan
siasatan serta jujur untuk
menambah baik pentadbiran
kerajaan.
Mengapa Kerajaan
Negeri masih tidak mengaku
kelemahan dalam
pentadbiran dan tetap
mengatakan penyelewengan
berlaku sejak zaman
BN?
UNGKU SALLEH:
Pakatan pembangkang terlupa
bahawa mereka kini
mentadbir Negeri Selangor.
Mereka sepatutnya tidak
boleh menyalahkan orang
lain kerana sudah empat
tahun mereka memerintah.
Sepatutnya jika melihat
kepincangan dan kelemahan
dalam pentadbiran,
mereka perlu segera memperbaiki.
Bukan menyalahkan
orang lain. Malangnya
mereka cuba mewujudkan
persepsi dalam kalangan
rakyat bahawa kesilapan itu
dilakukan oleh BN. Sampai
bila hendak menjadikan
orang lain sebagai kambing
hitam? Pengurus Besar
Yayasan Selangor, Ilham
Marzuki sendiri mengakui
wujud penyelewengan,
mengapa tiada tindakan diambil
terhadap pengakuan
itu? Saya tidak teragakagak
membuat laporan
kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia
(SPRM) dan menjadikan
pengakuan Ilham ini
sebagai bukti bagi SPRM
menyiasat perkara ini.
Rakyat Selangor perlu tahu
keadaan sebenar dalam
negeri ini.
Sudah ada pengakuan
dibuat dalam Selcat, tetapi
tiada sebarang tindakan
diambil. Apa komen
saudara?
UNGKU SALLEH:
Selcat ini hanya ditubuhkan
untuk mengaburi mata
rakyat yang hanya mencari
kesalahan BN. Seolah-olah
mereka menyiasat isu yang
berbangkit, sedangkan
tindakan itu hanya buang
masa sahaja. Lebih baik kita
laporkan kepada SPRM,
yang lebih telus men yiasat
perkara ini. Selcat ini adalah
mainan Kerajaan Negeri
kerana tiada tindakan dan
keputusan diambil oleh
Selcat. Bagaimana Speaker
Dun nak siasat jika isu itu
berkaitan dengan Kerajaan
Negeri di bawah pentadbiran
Menteri Besar. Ini
semua adalah mainan
Menteri Besar PKR.
Saudara setuju dengan
kenyataan Timbalan
Pengerusi UMNO Selangor,
Datuk Seri Noh
Omar yang menyifatkan
Selcat ‘double standard’
dan tidak ubah seperti
mahkamah kanggaru?
UNGKU SALLEH:
Memang tidak dinafikan
lagi. Malah mahkamah
kanggaru lagi baik daripada
Selcat. Datuk Seri
Noh sebelum ini pernah
mencabar Abdul Khalid
sekiranya kenyataan yang
dikeluarkan oleh beliau
salah, Noh rela melepaskan
jawatan sebagai Menteri
Pertanian dan Industri
Asas Tani. Tapi jika berlaku
penyelewengan dalam Kerajaan
Negeri, Abdul Khalid
patut minta maaf secara
terbuka dan letak jawatan
sebagai Menteri Besar. Saya
rasa sampai hari ini Abdul
Khalid tidak berani sahut
cabaran itu. Kita nak lihat
SPRM buat kerja, berdasarkan
bukti yang ada bahawa
wujud salah guna kuasa
dalam Kerajaan Negeri.
Pemuda UMNO sendiri
pernah meminta Abdul
Khalid letak jawatan tetapi
tiada sebarang respons. Ini
kerana Menteri Besar masih
dikawal oleh DAP dan
pemimpin utama PKR.
Sebelum ini kita lihat
wujud beberapa cabaran
debat oleh PR terhadap
pemimpin BN, adakah
perlu debat ini dan
siapakah yang layak?
UNGKU SALLEH:
Salah satu debat yang kita
lihat sebelum ini adalah
melibatkan Ketua Pemuda
UMNO, Khairy Jamaluddin
dan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli, orang
yang pakar debat boleh
menilai perkara sebegini.
Namun, jika Datuk Seri
Anwar Ibrahim nak cabar
Datuk Seri Najib Tun
Razak, saya rasa buang
masa Perdana Menteri sahaja,
kerana beliau banyak
lagi perkara hendak dilakukan
khususnya hal ehwal
kebajikan rakyat. Saya
sendiri cabar Ketua AMK
Selangor untuk berdebat,
biar rakyat yang tentukan
siapa yang lebih baik.
Sebagai Ketua Pemuda
UMNO Selangor, apa
pelan yang saudara
rancang untuk persediaan
pilihan raya akan datang?
UNGKU SALLEH:
Pemuda UMNO Selangor
mempunyai manifesto
tersendiri kerana kita melihat
hari ini, Kerajaan Negeri
tidak menyediakan perancangan
jangka masa pendek
dan panjang untuk golongan
belia. Kita lihat mereka
tidak serius tentang masa
depan orang muda dan
tidak memberi janji-janji
yang jelas kepada orang
muda yang sehingga kini
tidak terlaksana. Apabila
kita bertanya semula, Kerajaan
Negeri berkata mereka
tidak pernah berjanji. Kita
akan keluarkan semula
manifesto mereka dahulu,
kita akan ingatkan kembali
rakyat tentang janji dahulu
perlu diselesai kan sebelum
meuar-uarkan Buku Jingga.
Kita lihat belia-belia
yang menyokong BN hari
ini, tiap-tiap isu akan keluar
dalam blog dan Facebook.
Kita yakin PR akan
menghadapi tentang luar
biasa daripada golongan
muda. Walaupun mereka
sengaja mewar-warkan,
pemuda menyokong mereka
tetapi kita ingin memberi
ingatan kepada mereka
pilihan raya kecil terakhir
saluran undi tiga dan
empat memihak kepada
mereka. Jangan membuat
persep-si bahawa golongan
muda menyokong mereka,
walhal apa yang mereka
buat kepada orang muda
pada hari ini. Pemuda BN
pada hari ini berjaya men -
g anjurkan BN Job Fair, BN
Rumah Pertama dan BN
Youth Music, kesemuanya
kita beri peluang kepada
anak-anak muda. Kita
juga beri biasiswa kepada
pelajar dan meuar-uarkan
kepada mereka universiti
yang menjalankan pembelajaran
percuma. Sedang
Kerajaan Negeri sibuk
berpolitik, kita telah beri
peluang kepada anak muda
pelbagai peluang.
Adakah saudara
yakin Selangor akan
kembali ditawan pada
pilihan raya umum
akan datang?
UNGKU SALLEH:
Saya yakin. Kita tidak
mahu takbur, tetapi dengan
melihat anak muda
pada hari ini, bersamasama
dengan kita.
Golong an belia zaman
sekarang adalah berbeza,
mereka celik IT. Malah
kita boleh lihat Perdana
Menteri boleh bersamasama
dengan mereka.
Mana ada dalam sejarah,
Perdana Menteri duduk
menonton bola sepak
bersama rakyat. Denyut
nadi orang muda sentiasa
berada dalam hati beliau.
Saya yakin undi golongan
muda akan berpihak
kepada kita, BN.
Apa harapan saudara
kepada anak muda pada
masa kini?
UNGKU SALLEH:
Jangan kita terpengaruh
dengan anasir-anasir jahat
dan tidak sihat yang cuba
dibawa parti pembangkang.
Keadaan harmoni
yang berlaku pada hari
ini kita perlu kekalkan.
Jangan terpengaruh
sehingga berdemonstrasi
kerana akan mengganggu
ketenteraman awam dan
keamanan di negara ini.
Ketenteraman ini perlu
dipelihara kerana seperti
hari ini, jam 2 pagi pun
kita boleh minum teh
tarik tanpa apa-apa
gangguan. Kalau ini kita
pegang dan ikut saluran
yang betul, insya-Allah
Pemuda UMNO Selangor
sentiasa terbuka
menerima teguran dan
kritikan kerana sebagai
manusia kita tidak sempurna.
Dalam satu pokok
pun pasti ada dahan
yang tidak elok. Anak
muda perlu membuang
dahan tersebut dan bukan
pokoknya. Ini kerana
pokok yang baru belum
tentu boleh menjadi
tempat berteduh. Mungkin
ia berduri. Begitu
juga dengan realiti, jika
tidak suka seseorang
pemimpin, anak muda
tidak wajar menolak terus
parti dan menukar parti
yang lain. Banyak perkara
perlu kita lihat, jika anda
fikir menukar kerajaan ini
seperti menukar baju, ia
salah kerana selepas ini
jika tertukar, dengan air
mata darah sekalipun ia
tidak akan berubah dan
menyesal seumur hidup.
Siasah • 13 - 19 April 2012
Selangor Sana Nasional Sini
13
MBSA roboh 29 gerai
ibu tunggal
Tindakan MBSA jelas menunjukkan sikap
tidak bertolak-ansur pihak berkuasa tempatan.
- Ahmad Nawawi.
SHAH ALAM: Kelab
Ibu Tunggal Anggerik
Wawasan terpaksa
berputih mata berikutan
tindakan penguat kuasa
Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA) merobohkan
29 gerai mereka di Seksyen
24 di sini, baru-baru ini.
Pengerusinya, Horyatun
Aini Abdullah, berkata
beliau amat terkilan dengan
tindakan MBSA merobohkan
gerai yang menjadi
punca rezeki mereka di
tanah lapang Kompleks
Muhibah (Up Town) itu.
Menyifatkan tindakan
itu sebagai kejam, beliau
berkata, perkara itu tidak
sepatutnya berlaku kerana
Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah
sudah menganugerahkan
kawasan lapang itu kepada
golongan anak yatim, ibu
tunggal dan warga tua.
“Kami membina tapak
ini dengan tujuan menjaga
kebajikan ahli dan menjadi
sumber pendapatan kepada
ibu tunggal yang hidup
susah. Ada antara mereka
tidak mempunyai sumber
kewangan dan hidup dalam
kesusahan.
“Bagaimanapun, apabila
tempat yang dijadikan
punca rezeki dimusnahkan,
di mana lagi tempat untuk
kami mencari sesuap nasi
dan mengumpul dana bagi
membantu ahli,” katanya
ketika ditemui di tempat
kejadian.
Horyatun mendakwa
alasan MBSA yang gerai itu
dibina tanpa permit, tidak
relevan.
Katanya, sebelum mengupah
kontraktor membina
gerai berkenaan, persatuan
sudah meminta
KESAL...Ahli Kelab Ibu Tunggal Anggerik Wawasan terkilan dengan tindakan MBSA.
RANAP...Kerja perobohan dijalankan kakitangan MBSA.
lesen tetapi wakil Jabatan
Pelesenan MBSA meminta
agar mereka membina gerai
yang lebih kemas terlebih
dulu berikutan ketika itu
gerai hanya beratapkan payung
besar.
“Apabila sudah mengeluarkan
modal dengan
meminjam wang daripada
Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM), mengapa MBSA
tetap tidak mengeluarkan
lesen kepada kami dan
mahu merobohkannya.
“Lebih malang, selepas
dirobohkan, pinjaman
yang kami buat tetap perlu
dibayar kepada AIM. Ini
lebih menyukarkan golongan
ibu tunggal seperti
kami,” katanya.
Horyatun turut melahirkan
rasa kesal berikutan
keengganan Datuk Bandar
Shah Alam, Datuk Mohd
Jaafar Mohd Atan untuk
bertemu mereka.
“Sudah beberapa kali
saya mahu berjumpa dengannya.
Sebaik menerima
notis daripada MBSA
ming gu lalu, saya ke MBSA
tetapi beliau masih enggan
menemui saya. Saya cuma
minta masa selama tiga
minit saja,” katanya.
Sementara itu Timbalan
Pengarah Korporat MBSA,
Shahrin Ahmad, berkata
gerai berkenaan dirobohkan
kerana dibina atas tanah
kerajaan negeri dan
tanpa kebenaran MBSA.
Sebelum merobohkan
gerai berkenaan, katanya,
MBSA sudah memberikan
tempoh selama seminggu
bermula 20 Mac hingga
27 Mac lalu kepada pihak
berkenaan supaya boleh
merobohkannya sendiri.
“MBSA masih lanjutkan
tempoh notis agar mereka
boleh mengambil tindakan
sendiri tetapi sehingga
hari ini (semalam), mereka
tidak berbuat sedemikian
dan kami terpaksa bertindak
serta-merta.
“Tindakan ini diambil
mengikut kesalahan Jalan
Parit dan Bangunan (Akta
133) kerana membina binaan
tanpa kebenaran
MBSA. Mereka juga dikesan
melakukan kesalahan
mengikut Akta Perancangan
Bandar dan Desa kerana
menjalankan pemajuan
tanpa kelulusan merancang,”
katanya.
Sementara itu, penyelaras
Parlimen Barisan Nasional
(BN) Shah Alam,
Datuk Ahmad Nawawi
Md. Zin, berkata tindakan
MBSA jelas menunjukkan
sikap tidak bertolak-ansur
pihak berkuasa tempatan
(PBT) di bawah Kerajaan
Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Selangor dalam
melaksanakan tanggungjawab
membela rakyat terutama
golongan tidak berkemampuan.
Katanya, alasan MBSA
melakukan tindakan
meroboh premis perniagaan
ibu-ibu tunggal itu
kononnya kerana didapati
beroperasi tanpa kebenaran
merupakan satu kenyataan
yang tidak bertanggungjawab.
Ini kerana mereka telah
mendapat kebenaran untuk
berniaga di tapak tersebut
dari MBSA semasa zaman
pentadbiran kerajaan Barisan
Nasional (BN) sebelum
ini.
Beliau berkata, semasa
pentadbiran BN, tapak gerai
yang dirobohkan itu
diperuntukkan untuk tiga
orang ibu tunggal tersebut
yang dianggap sebagai
golongan yang perlu
dibantu untuk berdikari
dan mencari nafkah untuk
keluarga masing-masing.
‘’Kita telah peruntukkan
tanah ini bagi membolehkan
tiga golongan iaitu
warga emas, orang kurang
upaya dan dan ibu tunggal
untuk memajukan ekonomi
mereka, mereka baru
setahun berniaga walaupun
telah lama mendapat peruntukan
tanah daripada
kerajaan negeri.
‘’Namun belum sempat
persatuan ibu tunggal
mendapat geran tanah bagi
tapak gerai tersebut, teraju
kerajaan negeri telah bertukar
kepada parti pembangkang.
Sepatutnya perkara
baik sebegini diteruskan,”
katanya.
Ahmad Nawawi berkata,
pihaknya kesal kerana
MBSA menutup ruang
untuk berunding dengan
peniaga-peniaga ibu tunggal
yang menjadikan perniagaan
di gerai yang dirobohkan
tersebut sebagai
sumber mata pencarian
mereka.
‘’Kesemua ibu tunggal
yang malang itu bersusah
payah mengumpul modal
dan membuat pinjaman
dengan Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM), kini akibat
sikap tidak bertimbang rasa
pihak berkuasa tempatan,
mereka mengalami kerugian
besar.
‘’Sepatutnya, sebelum
merobohkan gerai-gerai
itu, PBT mahupun kerajaan
negeri perlu menyediakan
tapak alternatif untuk para
peniaga meneruskan operasi
mereka atau sekurangkurangnya
berilah pampasan
kerana mereka telah
hampir setahun berniaga di
sini.
‘’Sebaliknya apa yang
berlaku menunjukkan
kerajaan negeri hanya pandai
memusnahkan, tetapi
langsung tidak mempunyai
perancangan membantu
golongan peniaga mengembangkan
perniagaan mereka,”
katanya.
Gangguan air berterusan
GARA-GARA tunggakan bil
ditinggalkan pemaju, lebih
60 penduduk di Taman Seri
Gesir, Hulu Bernam terus
berdepan masalah bekalan air.
Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) Kampung
Gesir Tengah, Mohd Salleh
Ri berkata, situasi itu berlaku
apabila pemaju bertanggungjawab
didakwa lari dengan
meninggalkan tunggakan bil
lebih RM40,000.
Menurut Mohd Salleh,
masalah bekalan air dialami
penduduk sejak awal
perumah an itu dibangunkan
dan bekalan mula terputus
lebih empat tahun lalu.
Menurutnya, pihak Syarikat
Bekalan Air Selangor Sdn
Bhd (Syabas) terpaksa memotong
bekalan air penduduk
yang dibekalkan secara pukal
kerana tunggakan bil air
terlalu tinggi ditanggalkan
pemaju.
Beliau berkata, sejak beberapa
tahun lalu penduduk
terpaksa mengambil bekalan
air daripada Akademi Kemahiran
Yayasan Basmi Kemiskinan
(YBK) bersebelahan
taman perumahan berkenaan
malah sebelum itu ada yang
turut menyambungkan air
daripada tandas Dewan JKKK
kampung berkenaan.
“Pihak JKKK beberapa
kali mengadakan pertemuan
dengan Syabas dan mengemukakan
kaedah penyelesaian.
Namun, tiada penyelesaian
dan Syabas hanya dapat membantu
sekiranya tunggakan bil
dijelaskan,” katanya.
Beliau berkata, salah satu
kaedah penyelesaian terbaik
adalah melaksanakan sistem
migrasi atau pemasangan meter
individu.
Bagaimanapun, kaedah
itu hanya boleh dilaksanakan
setelah tunggakan dijelaskan.
Terdapat sebanyak 38
Bekalan air dipotong kerana tunggakan bil tinggi.
unit rumah di taman itu, namun
hanya 15 hingga 20 unit
yang berpenghuni, lapan unit
daripadanya didiami pemilik
rumah sementara selebihnya
disewa.
14 Nasional
13 - 19 April 2012 • Siasah
Bantah fitnah Felda
GERIK: Peneroka di
tiga kawasan Felda,
di sini, berang apabila
salah seorang peneroka
membuat laporan polis
mendakwa pihak pengurusan
Felda cuba mengelirukan
mereka dengan mengeluarkan
satu surat pekeliling
meminta dokumen penting
seperti dilaporkan akhbar
baru-baru ini.
Perbuatan peneroka itu
dengan sokongan beberapa
kepimpinan pembangkang
kawasan Lenggong dianggap
cuba menabur fitnah
dan boleh menimbulkan
pecah belah dalam kalangan
penduduk serta pihak
pengurusan.
Berikutan itu, satu perjumpaan
tergempar diadakan
penduduk dari Felda
Lawin Selatan, Felda Lawin
Utara dan Felda Lawin
Papulut bagi membantah
dakwaan tidak berasas itu
bertempat di Balai Raya,
Felda Lawin Selatan, di sini.
Lebih 200 peneroka
membuat bantahan dengan
membawa sepanduk tertera
perkataan mengecam perbuatan
peneroka itu dan
tindakan kepimpinan pembangkang
yang cuba mencampuri
urusan mereka.
Ketua Peneroka Felda
Lawin Selatan, Sukri Abd
Hadi berkata, menurut
laporan berkenaan peneroka
terbabit membuat laporan
polis mewakili semua
peneroka dari tiga Felda sedangkan
tiada siapa memberi
sokongan.
Menurutnya, tuduhan
KUANTAN:
Mahkamah
Tinggi Kuantan pada 2
April lalu menolak keputusan
injunksi yang dipohon
oleh lapan peneroka Felda
di Pahang bagi menghalang
Koperasi Permodalan Felda
(KPF) daripada melupuskan
ekuitinya dalam Felda
Holdings Berhad (FHB) kepada
Felda Global Ventures
Holdings Berhad (FGVH).
Peguam Mohd Haris
Abdullah yang mewakili
kumpulan peneroka itu, ketika
ditemui pemberita berkata
Hakim Datuk’ Mariana
Yahya membuat keputusan
itu setelah meneliti hujjah
daripada kedua-dua belah
pihak.
“Injuksi telah ditolak
atas beberapa alasan iaitu
BANTAH...Peneroka mengecam tindakan pembangkang mencampuri urusan mereka.
yang mengatakan pihak
pengurusan Felda cuba
mengelirukan peneroka
dengan mengeluarkan surat
pekeliling adalah fitnah
semata-mata kerana tidak
ada sebarang paksaan dilakukan
terhadap mereka.
“Kami penduduk di
tiga kawasan Felda tidak
pernah mewakilkan dia untuk
menyatakan rasa tidak
puas hati dan kekeliruan itu
tetapi bagaimana dia boleh
mengeluarkan kenyataan
seperti itu.
“Lebih 400 peneroka di
tiga kawasan ini memang
tidak bersetuju dengan
caranya dan kami tidak
pernah rasa keliru atau takut
ditipu,” katanya.
Katanya, pihak pengurusan
Felda telah memberi
penerangan dan pihaknya
sebulat suara bersetuju untuk
menyerahkan segala
dokumen itu.
“Kami juga yakin
perkara ini berlaku akibat
campur tangan orang luar
yang cuba mengeruhkan
keadaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua
Peneroka Felda Lawin Utara,
Che Russ Jaini turut melahirkan
kekecewaan yang sama
apabila kenyataan tidak berasas
itu dikeluarkan.
“Saya rasa terkejut apabila
membaca kenyataan itu
dan tidak berpuas hati kerana
katanya dia mewakili
semua peneroka sedangkan
saya tidak kenal rapat dengannya.
“Kami akan mengambil
tindakan saman sekiranya
dia tidak mahu memohon
maaf secara terbuka kerana
apa diperkatakan tidak
benar sama sekali,” katanya.
Katanya, beliau yakin
tindakan yang dilakukan itu
berpaksi kepada sokong an
pembangkang.
“Kami menolak sekerasnya
ideologi itu kerana
boleh memecahbelahkan
kehidupan peneroka di sini.
“Apa yang dikatakan itu
adalah satu pembohongan
besar dan membuatkan
peneroka rasa marah,” katanya.
Seorang penduduk,
Hamdan Osman, 47, berkata,
menerusi perbincangan,
semua peneroka sudah
bersetuju dengan apa yang
dilakukan oleh pihak pengurusan
kerana ia demi kebaikan
pada masa hadapan.
“Pihak pengurusan memang
tidak pernah mengeluarkan
pekeliling dan kami
semua sudah diterangkan
secara jelas mengenai perkara
ini setiap kali mesyuarat.
“Ini satu pembohongan
dan fitnah serta kami gesa
dia menarik balik kenyataan
dalam laporan itu demi
kebaikan semua,” katanya.
Katanya, sepatutnya
pene roka berkenaan berbincang
dahulu sebelum
dia membuat tuduhan tidak
betul.
Seorang lagi penduduk,
Noraziah Manas, 47, berkata,
kaum ibu dan suri
rumah amat terkejut dengan
fitnah dikeluarkan
itu kerana semua peneroka
sudah memahami tujuan
sebenar pihak pengurusan
Felda meminta dokumen
penting demi kebaikan
penduduk sendiri.
“Kami terkejut dengan
kenyataan itu kerana ia tidak
masuk akal.
“Sekiranya peneroka itu
tidak suka dengan cara pihak
pengurusan dia tidak
perlu ikut, bahkan boleh
keluar dari rancangan ini,”
katanya.
Sementara itu, seorang
lagi penduduk, Mohd Isa
Mat Dom , 59 turut melahirkan
kekecewaan yang
sama di atas tindakan lelaki
berkenaan.
“Saya seru kepada
semua peneroka jika ada
masalah ia diselesaikan
dengan cara baik dan berhemah
serta bukannya
membuat fitnah.
“Orang luar juga diberi
amaran supaya tidak mengganggu
urusan Felda dan
menimbulkan masalah kepada
peneroka,” katanya.
Katanya, diharap pihak
pengurusan Felda dapat
mengambil tindakan kepada
individu berkenaan
supaya perkara itu tidak
berulang.
Mahkamah tolak permohonan halang KPF dilupus
pertamanya; mesyuarat
yang diadakan pada 22 Februari
hanya mengatakan
bahawa satu perbincangan
akan diadakan. Ia tidak
mengatakan bahawa satu
keputusan akan dibuat. Bukan
seperti mana mesyuarat
yang telah diadakan
pada 5 Januari lalu. Mesyuarat
pada tarikh itu (5 Januari)
mengatakan KPF akan
meluluskan usul untuk memindahkan
ekuiti.
“Tapi dalam mesyuarat
pada 22 Februari hanya
perbincangan saja. Jadi
mahkamah kata apa isu kita
nak larang, takkan kita nak
larang orang berbincang,
melainkan kalau agenda dia
sama seperti pada 5 Januari
maka kita boleh larang
Sebahagian peneroka menanti keputusan hakim di luar bilik mahkamah.
mereka lakukan perkara tu.
“But the problem is ... that
is no agenda to transfer the
equities .. bermakna permohonan
kita ni .. pra matang
(pre-matured) .. belum ada
lagi cadangan untuk lupus.
Cadangan pertama dah dibatalkan,
cadangan kedua
ni tak ada lagi.. baru nak
bincang boleh ke tak boleh.
Kalau kita buat keputusan
boleh, mungkin kemudian
dia akan buat mesyuarat untuk
dapatkan resolusi untuk
lupuskan benda tu belum
berlaku .. so mahkamah tak
boleh buat anggapan mengatakan
benda tu akan berlaku
dan larang sekarang”,
kata peguam Harris.
1. Pada 24 Mac
lalu, satu program Sembang
Santai bersama
YB Tahir Taat (ADUN
Bukit Serampang) diadakan.
Pelbagai acara
menarik diadakan
seper ti pertandingan
Karaoke, Karaoke Suka-
Suka, Pendaftaran SPR
dan cabutan bertuah.
– MUHAMMAD RIDZUAN
RAMLI, SEGAMAT
2. Pada 24 Mac,
di Dewan Orang Ramai
Felda Tun Ghaffar
Hutan Percha, Alor Gajah
Melaka diadakan
program penerangan
berkaitan isu-isu Felda
semasa oleh Tan Sri Isa
Samad – YUSOF JAM­
BAK, FELDA TUN GHAF­
FAR HUTAN PERCHA,
MELAKA
3. Pada 25 Mac
lalu, pasukan bola baling
bawah 12 tahun
Sekolah Kebangsaan
Felda Maokil 1 bertanding
di Kejohanan Bola
Baling Parlimen Pagoh
bertempat di Kompleks
Sukan Pagoh, Muar –
MUHAMMAD RIDZUAN
RAMLI, SEGAMAT
4. Mesin ATM
Maybank telah disediakan
sebulan lalu di Felda
Ulu Belitong,Kluang
bertempat di bangunan
D’Mart Felda tersebut.
Ia memudahkan orang
ramai khususnya warga
Felda untuk mengeluarkan
wang untuk kegunaan
harian tanpa perlu
ke Bandar Kluang yang
jaraknya kira-kira 25km.
– MUHAMMAD RIDZUAN
RAMLI, SEGAMAT
5. Telah diadakan
satu program merakyatkan
seni budaya
bertempat di Dewan
Felda Jengka 7 pada 13
Mac 2012. - ZAMRI BIN
AHMAD, FELDA JENGKA
7, WILAYAH JENGKA, PA­
HANG
6. Pihak pengurusan
Felda mengeluarkan
amaran kedua kepada
penternak-penternak
haiwan supaya menjaga
ternakan mereka daripada
berkeliaran masuk
ke kampung dan memusnahkan
lanskap serta
tanaman penduduk..-
ROSLINA SHAFEIN, FELDA
SUNGAI TEKAM UTARA,
WILAYAH JENGKA, PA­
HANG-
Siasah • 13 - 19 April 2012
Nasional
15
7. Tiada pemenang
bagi Pertandingan Keceriaan
Blok untuk bulan
Januari – Mac 2012
anjuran pihak pengurusan
Felda Sungai
Tekam Utara.- ROSLINA
SHAFEIN, FELDA SUNGAI
TEKAM UTARA, WILAYAH
JENGKA, PA HANG
8. Sukan Petanque
merupakan pemainan
tradisional
yang digemari oleh
peneroka Felda Jengka
23. Menurut Ketua Peneroka
Wilayah Jengka,
Haji Sulaiman Bakar,
ia merupakan aktiviti
masa lapang bagi peneroka
Felda Jengka 23
sejak dahulu lagi. Pemainan
ini turut menjadi
permainan wajib setiap
kali diadakan sukan
rakyat di Felda Jengka
23- HAFISZUDDIN ZAI­
NON, WILAYAH JENGKA,
PAHANG
9. Seramai 569
orang peneroka menerima
senaskah Al-Quran
dari Felda di pejabat
rancangan Felda Ulu
Jempol. Pengerusi Biro
Dakwah Islamik JKKK,
Haji Othman berkata,
ini adalah satu pemberian
yang baik untuk
peneroka dari Felda.
Di harapkan peneroka
dan generasi berikutnya
akan menghargai pemberian
ini.- HAFISZUD­
DIN ZAINON, WILAYAH
JENGKA, PAHANG
10. Datuk Seri Najib
Tun Razak melawat
rumah generasi kedua
di Felda Triang 3 semasa
Majlis Pemimpin Bersama
Warga Felda pada
31 Mac lalu. Sebanyak
169 buah rumah kos
rendah dan 126 buah
rumah kos sederhana
di bina. RM36,0000 untuk
rumah kos rendah
manakala kos sederhana
dijual pada harga
RM90,000. Sebanyak
95 peratus rumah sudah
hampir siap dibina.
– IZZAM ABDUL RAHIM,
WILAYAH MEMPAGA
11. Program santai
boling anak-anak Felda
Chini di perantauan
berlangsung di Summit
USJ, Selangor baru-baru
ini. Tahniah kepada
penganjur Program Santai
Boling Anak- Anak
Felda Chini kerana
penyertaan yang amat
menggalakkan, seramai
350 peserta yang hadir.-
SHALIHIN BIN MOHA­
MAD, WILAYAH KUANTAN
GWGF anjur program
taklimat kesihatan
CHINI: Gabungan Wawasan
Generasi Felda
(GWGF) dengan kerjasama
Cipta Serata
Sdn. Bhd telah mengadakan
satu taklimat kesihatan
kepada penduduk setempat
di Felda Chini Timur 2.
Program yang berlansung
di Dewan Kuliah,
Pusat Internet Komuniti
P1 Wimax Chini Timur 2
dihadiri 24 peserta.
Dalam taklimat ini,
peserta didedahkan dengan
bagaimana cara untuk
mengekalkan kesihatan
yang unggul dan hidup
yang berkualiti.
Pegawai Perhubungan
GWGF Wilayah Kuantan,
Azdri Bahtiar Abdul Aziz
berkata, ia adalah salah
satu tanggung jawab sosial
dalam membantu penduduk
setempat bagi mengetahui
bagaimana cara
FELDA Lembah Klau
terletak dalam Mukim
Gali, kira-kira 34 kilometer
dari Bandar Raub,
Pahang. Ia dibuka secara
berperingkat-peringkat
yang dimulakan pada tahun
1962 dan kemudian
pada tahun 1963, 1965,
1970, 1976 dan 1977
yang melibatkan keluasan
2,454.17 hektar.
Jumlah peneroka Felda
Lembah Klau ialah 474
orang yang terdiri daripada
454 orang berbangsa
Melayu, 18 orang berbangsa
India dan 2 orang
berbangsa Cina. Kini,
jumlah penduduk Felda
ini melebihi 3,500 orang.
Keunikan Felda Lembah
Klau ialah tanah
rancangan Felda ini menempatkan
generasi kedua
dan ketiga peneroka Felda
yang datangnya dari beberapa
buah negeri di
Malaysia, terutamanya
dari Pahang, Perak, Ke-
Peserta taklimat kesihatan di Felda Chini Timur 2 bergambar kenangan.
penjagaan kesihatan yang
baik.
“Kerjasama dan kesudian
pihak Cipta Serata
Sdn. Bhd juga amat dialualukan
dalam menjalankan
kerjasama turun ke Felda
Wilayah Kuantan untuk
memberikan taklimat seperti
yang berlansung pada
hari ini,” katanya.
Sementara itu, pengasas
Cipta Serata Sdn. Bhd,
Mokhtar Bidin berkata,
beliau amat berbangga
kerana diberi peluang oleh
pihak GWGF untuk bersama-sama
dalam program
ini.
“Saya berterima kasih
atas kehadiran peserta yang
memuaskan hati pada hari
ini dan begitu aktif dalam
penglibatan program hari
ini”.
“Diharapkan program
seumpama ini dapat diadakan
lagi pada masa akan
datang demi memberi
manfaat kepada semua
yang terlibat secara lansung
dan tidak lansung”.
Hadir sama, Penolong
Mengenali Tanah Rancangan: Felda Lembah Klau
Pegawai Perhubungan
GWGF Wilayah Kuantan,
Shalihin Mohamad, Pengurus
Pusat Internet Komuniti
P1 Wimax, Nor Azlina Mohd
Saod, Penolong Pengu rus
Pusat Internet Komuniti P1
Wimax, Roshazlizan Shamsudin,
Hamsiah Bidin selaku
Pengarah Pemasaran Cipta
Serata Sdn Bhd dan juga
rombongannya.
Tempatkan generasi kedua
dan ketiga peneroka
Landskap jalan masuk ke Felda Lembah Klau.
dah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Tanaman utama di peringkat
awal pembukaan
Felda Lembah Klau ialah
getah, tetapi ianya ditukar
kepada kelapa sawit pada
tahun 1985.
‘Durian runtuh’ atau
pampasan bayaran tanah
peneroka yang diambil
oleh Kerajaan untuk membangunkan
Empangan
Klau menjadikan para peneroka
Felda Lembah Klau
kaya ‘sekelip mata’ yang
memantapkan kedudukan
ekonomi mereka.
Felda Lembah Klau terletak
dalam daerah Raub.
Parlimen Raub Menteri
Tanaman utama
di pe ringkat
awal pembukaan
Felda Lembah
Klau ialah getah,
tetapi ianya ditukar
kepada kelapa
sawit pada
tahun 1985.
Pelancongan, Datuk Dr
Ng Yen Yen, manakala
Dewan Undangan ialah
DUN Dong yang diwakili
oleh Datuk Shahruddin
Moin.
Timbalan Pengerusi
Gabungan Wawasan
Gene rasi Felda (GWGF),
YBhg Datuk Abdullah
Abu Bakar pun berasal
dari Felda Lembah Klau.